CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 April 2011

Tabahkan hatiku Ya Allah!!!!

........hidup umpama suatu percaturan yg harus dihadapi oleh setiap manusia...manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika ''jiwa nya'' hidup...andai manusia sudah mati jiwanya,umpama dia ''bangkai hidup''...

maafkan aku Ya Allah...
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini...tabahkan diriku ini...walau sebanyak mana dugaaan yg menimpaku...aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini...akan ttpi masih banyak nikmat yg msih dpt kukecapi...nikmat iman dan keyakinan padaMu....

aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMu
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa-apa
YA ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
kau berikanlah aku dengan kekuatan mental dan fizikal
kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharalah lidah dari kata-kata nista
kau kuatlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya Allah
kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku
kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan ku
sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
bimbinglah aku ke jln yg Engkau redhai
kau hukumlah aku didunia tetapi bkn diakhiratMu
sekiranya aku ingkar dan derhaka
berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...

Ya Allah
kuatkan hati dan semangatku
tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
jadikanlah aku muslimah yg disenangi
bukankanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah...

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
kerana aku pasrah dengan dugaanMu
kerana aku sedar hinanya aku
kerana aku insan lemah yg kerap keliru
kerana aku leka dgn keindahan duniamu
kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu...

Ya Allah Ya Tuhanku......
aku hanya ingin menjadi seorang insan yg dirahmati
insan yg dikasihi
insan yg solehah
insan yg sentiasa dihati

Amin,,amin Ya Rabbal Allamin......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan